Salam alaik,
Berkenaan lawatan ke Tanah Tinggi Cameron Highland.
1. Pakaian
Hari bertolak: Pakai baju biasa. Semua pelajar diwajibkan memakai baju korperat UNISEL ketika melawat ke Jabatan Kerajaan. Pilihan yang diberikan:
1. Baju hijau EH
2. Jacket biru UNISEL
Semasa lawatan ke tapak lokasi, anda semua dikehendaki memakai
1. Baju/T-shirt berkolar
2. Seluar jeans (tidak terlalu lusuh)
Para pelajar dikehendaki membawa seberapa banyak pakaian yang difikirkan cukup untuk tempoh lawatan tersebut.
Kasut:
TUMIT TINGGI TIDAK DIBENARKAN. Pakai kasut yang sesuai untuk aktiviti ceramah dan untuk aktiviti lawatan ke tapak.
2. Waktu Bas
Pelajar dikehendaki berada di UNISEL sebelum pukul
7.00 pagi. Bas akan bertolak ke Cameron Highland pada pukul
7.30 pagi.
3. Keperluan lain
Pelajar juga dikehendaki membawa
selimut berikutan cuaca sejuk di Cameron Highland.
4. AJK Perubatan
Seperti yang telah dilantik sebelum ini,
Hafiz perlu memastikan
kotak first aid berada dalam keadaan yang baik. Adalah lebih baik untuk menyediakan back-up plan iaitu "masing-masing bawa ubatan sendiri seperti panadol, minyak angin, minyak cap kapak, bandage and etc.
5. AJK Kebajikan
Adi dilantik menjadi AJK Kebajikan. Anda dikehendaki memastikan bahawa segala keperluan mencukupi. Anda juga dikehendaki memastikan semua
peserta lawatan cukup sebelum bas bertolak.
6. Peralatan
Peralatan telah disediakan oleh pegawai sains. Namun begitu, semua pelajar dikehendaki membantu mengangkat barang-barang tersebut ke dalam bas. Di nasihatkan agar anda semua dapat menjaga keselamatan peralatan-peralatan yang dibawa.
7. Pengenalan
Sila bawa
kad pengenalan dan kad matrik.
8. Rumusan
Sila patuhi segala arahan di atas. Sekian terima kasih
Berikut adalah tentatif program